Voting

Tuesday, March 8, 2011

Istikarah..


sy slalu diuji oleh allah swt dlm bentuk diberi beberapa pilihan dlm hidup..hbs sekolah sy diuji teruskn pengajian dimatrikulasi atau trus ke universiti yg kedua2nya lain aliran..masa ini sy sgt jahil smpaikn nk wat solat istikarah pun xtau..nk bertanya pun malu..tp akhirnya sy mengikut kata mak n ayah kerana pilihan mereka lbh tepat dan sy ingin mendapat redha illahi..alhamdulillah walaupun ada berbagai cabaran dan dugaan tp sy berjaya lulus dgn cemerlang..



kemudiaan dugaan utk menyambung degree..sy mendpt 2 tawaran dr universiti yg tersohor..satu ke uia n satu lagi uitm..tmpt sama saya mendapatkn diploma..sy sgt2 mengidamkn msk ke uia..kerana sy sukakan suasana yg islamik disana..sy tertarik dgn budaya islam disana..dan jauh disudut hati, sy berharap sy akan berjmpa dgn kwn2 yg dpt memimpin sy menjadi hamba yg lbh baik..kali ini sy sudah pandai membuat solat istikarah..sy sgt menharapkn dpt petunjuk dr mimpi..namun mimpi yg sy tggu tdk kunjung tiba..akhirnya setelah bertnya dgn ramai org yg lbh arif dr sy sy memilih uitm kerana sy boleh transfer credit yg bermaksud pengajian sy lbh pendek..sy takut ke uia setelah melihat syarat2 dlm surat tawaran..kena amik arab dan mcm2 test lg..tp kalo allah swt mengkehendaki ia ttp akan terjadi..di uitm, fakulti sy mewajibkan kami mengambil arab sebgai 3rd language..ramai yg protes sb nk amik mandarin kerana peluang kerja lebh cerah tp apa kn daya..kami hanya plajar..setelah membuat pilhan dan mendftr bru sy mengetahui bahwa petunjuk TIDAK hanya dtg melalui MIMPI..kdg2 ia dtg dr gerak hati..hati sy sgt kuat ingin ke uia tp sy ttp memilih uitm kerana jalan nya lbh mudah dan cepat..dan sy mengetahui ttg itu setelah keputusan di buat..jd sy ingin berkongsi dgn anda semua yg menghadapi dilema yg sama..sy bkn arif dlm bab ini..jd sy sertakan link ke article yg mengupas lbh dlm topik ini..sama2 lah kita mengambil pengajaran..wallahualam..



ISI-ISI PENTING DR ARTIKEL TERSEBUT:

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama

ARTIKEL PENUH: saifulislam.com

No comments:

Post a Comment